Rabu, 5 Mei 2010

CONTOH ESEI ELEMEN 3 KERJA KURSUS SEJARAH 2010 (2)

Sebagai warganegara Malaysia yang amat kaya dengan semangat patriotism, perpaduan kaum dapat diperkukuhkan lagi dengan pelbagai sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum seperti hari raya Aidilfitri, Deepavalli, Tahun Baru Cina dan Krismas. Melalui sambutan perayaan pelbagai kaum ini kita dapat memahami dan menghargai amalan budaya setiap kaum di Malaysia. Di samping itu juga turut mengukuhkan lagi persefahaman dan semangat permuafakatan dalam kalangan kaum di Malaysia. Sikap saling menghormati budaya tradisi masing-masing dapat ditanam dalam diri mereka.
Melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum jelas mempamerkan sikap bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana kita dapat menyambutnya tanpa perasaan ragu-ragu akan keselamatan diri kerana Negara berada dalam suasana aman dan harmoni. Ekoran itu juga , ianya turut menyemai rasa cinta akan bangsa dan Negara kerana rasa bangga kita lahir sebagai rakyat di bumi bertuah ini.
Walau masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai budaya dan perayaan tradisi masing-masing, namun rasa komitmen dan sikap bertolak-ansur dan bertoleransi yang wujud dalam diri setiap warga Malaysia untuk memperkukuh dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada. Sikap saling hormat-menghormati semasa merayakan perayaan tradisi ini ketara dalam setiap sambutan pelbagai kaum di Negara kita. Malah wujudnya suasana muhibbah atau semangat bermasyarakat apabila masing-masing tanpa mengira kaum menyambut dan meraikan suasana perayaan tradisi ini.
Sikap berakhlak dan bepekerti mulia juga dapat kita lihat kerana masing-masing tanpa rasa kekok mengunjungi rumah rakan taulan yang berlainan bangsa semasa perayaan menunjukkan rakyat Malaysia kaya dengan nilai patriotisme demi mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara supaya Negara dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa ini terus kukuh dan kekal. Perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga turut menyemai sikap rajin dan gigih. Ini jelas kelihatan apabila masing-masing tanpa mengira bangsa dan perayaan mengambil peluang suasana perayaan untuk membuka perniagaan bermusim ini.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana melalui upacara semasa sambutan perayaan tradisi ini pelbagai nilai dan aspek patriotisme akan dapat dipupuk dan disemai.

Selasa, 4 Mei 2010

CONTOH ESEI ELEMEN 3 KERJA KURSUS SEJARAH 2010 (1)

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum di Malaysia dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini amat jelas kerana pelbagai perayaan tradisi di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavalli, Hari Krismas, sambutan Hari Gawai yang bukan sahaja di sambut oleh kaum tersebut sahaja malah turut diraikan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Sambuatan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat menonjolkan kepada kita betapa kita semua menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa, kerana dalam setipa perayaan tradisi ini turut memuatkan pelbagai adat resam bangsa tersebut. Malahan kita juga turut berbangga dengan sejarah Negara kita yang mana pelbagai kaum dalam hidup dalam suasana aman damai dengan mengamalkan tradisi budaya masing-masing.
Kita juga dapat menerapkan rasa syukur sebagai warganegara Malaysia kerana dapat hidup dalam suasana harmoni pelbagai kaum dan menyambut pelbagai perayaan tradisi kaum tanpa rasa gusar akan keselamatan kerana Negara kita bebas dari sebarang ancaman keselamatan. Kita tentunya bangga kerana lahir di Malaysia, sebuah Negara yang aman damai walaupun masyarakatnya berbilang kaum. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga dapat memperkukuh dan mengeratkan perpaduan kaum kerana masyarakat akan mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam mengamalkan adat resam budaya masing-masing, malahan turut mengamalkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong dalam upacara sambutan setiap perayaan. Semasa membuat rumah terbuka umpamanya, bukan sahaja melibatkan satu bangsa malahan bangsa lain turut berganding bahu bagi menjayakannya terutama sekali Rumah terbuka Malaysia yang memerlukan komitmen semua bagi menjayakannya akan memupuk persefahaman dan sikap bermuafakat di kalangan semua bangsa. Acara Rumah Terbuka Malaysia juga turut memupuk sikap muhibbah dan semangat bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu juga melalui perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga turut menunjukkan sikap bertindak wajar apabila kita diberi tugasan untuk menjayakan program Rumah Terbuka Malaysia. Semasa kunjung mengunjung atau ziarah ke rumah handai dan taulan semasa sambutan perayaan tradisi ini, kita turut menerapkan nilai berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.