Rabu, 5 Mei 2010

CONTOH ESEI ELEMEN 3 KERJA KURSUS SEJARAH 2010 (2)

Sebagai warganegara Malaysia yang amat kaya dengan semangat patriotism, perpaduan kaum dapat diperkukuhkan lagi dengan pelbagai sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum seperti hari raya Aidilfitri, Deepavalli, Tahun Baru Cina dan Krismas. Melalui sambutan perayaan pelbagai kaum ini kita dapat memahami dan menghargai amalan budaya setiap kaum di Malaysia. Di samping itu juga turut mengukuhkan lagi persefahaman dan semangat permuafakatan dalam kalangan kaum di Malaysia. Sikap saling menghormati budaya tradisi masing-masing dapat ditanam dalam diri mereka.
Melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum jelas mempamerkan sikap bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana kita dapat menyambutnya tanpa perasaan ragu-ragu akan keselamatan diri kerana Negara berada dalam suasana aman dan harmoni. Ekoran itu juga , ianya turut menyemai rasa cinta akan bangsa dan Negara kerana rasa bangga kita lahir sebagai rakyat di bumi bertuah ini.
Walau masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai budaya dan perayaan tradisi masing-masing, namun rasa komitmen dan sikap bertolak-ansur dan bertoleransi yang wujud dalam diri setiap warga Malaysia untuk memperkukuh dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada. Sikap saling hormat-menghormati semasa merayakan perayaan tradisi ini ketara dalam setiap sambutan pelbagai kaum di Negara kita. Malah wujudnya suasana muhibbah atau semangat bermasyarakat apabila masing-masing tanpa mengira kaum menyambut dan meraikan suasana perayaan tradisi ini.
Sikap berakhlak dan bepekerti mulia juga dapat kita lihat kerana masing-masing tanpa rasa kekok mengunjungi rumah rakan taulan yang berlainan bangsa semasa perayaan menunjukkan rakyat Malaysia kaya dengan nilai patriotisme demi mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara supaya Negara dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa ini terus kukuh dan kekal. Perayaan tradisi pelbagai kaum ini juga turut menyemai sikap rajin dan gigih. Ini jelas kelihatan apabila masing-masing tanpa mengira bangsa dan perayaan mengambil peluang suasana perayaan untuk membuka perniagaan bermusim ini.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana melalui upacara semasa sambutan perayaan tradisi ini pelbagai nilai dan aspek patriotisme akan dapat dipupuk dan disemai.

1 ulasan:

  1. Slot Machines - Casinos - Mapyro
    Find your nearest Casino - Las Vegas, 광주광역 출장마사지 NV with MapYRO. 남원 출장샵 This 3-reel, 40-line slot machine features a grid grid 강원도 출장샵 layout. Check-in-time and see 경상남도 출장안마 if all slots 청주 출장안마 have

    BalasPadam